Tips Dan Petua Tanam Cendawan Tiram Di Rumah

5 TIPS DAN PETUA TANAM CENDAWAN TIRAM DI RUMAH



1. Tips dan petua tanam cendawan tiram di rumah yang pertama adalah sebaik set tanam cendawan tiram sampai ke tangan anda, periksa beg media dalam keadaan baik dan tiada kerosakan yang teruk bagi memastikan benih di dalam beg media tersebut dalam keadaan baik. Pastikan beg media telah berwarna putih keseluruhannya.

2. Tips dan petua tanam cendawan tiram di rumah yang kedua adalah apabila telah berwarna putih keseluruhannya, letakkan set tanam cendawan tiram di kawasan yang lembap, bersih dan mempunyai pengaliran udara yang baik. Ini adalah untuk memastikan benih masih lagi dalam keadaan baik kerana cendawan memerlukan suhu di bawah 30 darjah celcius untuk pertumbuhan yang baik. Jika perlu, spray atau percikkan beg media tersebut bagi mengekalkan suhu yang rendah

3. Tips dan petua tanam cendawan tiram di rumah yang ketiga adalah sekiranya anda inginkan pengeluaran melebihi 5 kali, buka penutup beg media dan biarkan selama 5 hari. Cendawan Tiram akan mula tumbuh dan boleh dipetik selepas 5 hari. Anda juga boleh mencuba untuk menoreh badan beg media tersebut tetapi hasilnya hanyalah untuk 2 ke 3 kali tuaian sahaja.

4. Tips dan petua tanam cendawan tiram di rumah yang keempat adalah cabut atau petik cendawan secara berhati-hati. Kemudian bersihkan akar dan tunggul yang tertinggal di dalam mulut beg media tersebut. Anda boleh menggunakan hujung garfu atau sudu yang telah dicelupkan dengan antiseptik. Untuk pengetahuan anda, cendawan sangat sensitif dan mudah dijangkiti virus dan bakteria.

5. Tips dan petua tanam cendawan tiram di rumah yang kelima adalah tutup penutup beg media selepas dibersihkan dan biarkan selama 5-7 hari sebelum anda membuka semula penutup tersebut. Kemudian langkah pertama boleh diulang semula. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment